Monday 12 March 2012

Tak Cantik Kah Aku ?

owh blog ku, pengarang jantung kesayangan hati hamba, intan payung, emas permata, pengubat bosan dikala boring melanda... chewahh ! ayat gramatis gitu.. dah..dah, cukup. okehh, memandangkan sekarang ni cuti sekolah dan kebetulan pulak hamba tak ke mana-mana... maknanya tak ada kerja lah ni nak dibuat hehehe :p

apabila ditanya..

" apakah bunga kegemaran anda? " 
" bunga ros! " 
" bunga lily! " 
" orkid! " 
" ...bunga taik ayam! " 

eh...? biar betul.. adakah benar ini jawapan anda, bunga taik ayam? pelik..pelik.. hahahaha :p ada pulak tu... 

" bunga? ala, asal bunga tu cantek dan harum, aku okey ja " 

hmm, geramnya! jawapan yang ni macam nak kena ja kan? 

dan..bagi hamba pulak, bunga yang hamba suka ialah...KAKTUS ! biasanya ramai orang yang suka kan bunga yang cantek..harum..bunga yang romantik lah konon..kan?? hehehe :) kaktus ni da lah tak berbau harum, berduri, tajam pulak tu.. tapi, dimata hamba kaktus ni comel :) 

" aikk!!?? "

apa aikk2, haa?? :p
bukanlah faktor rupa kaktus tu yang menyebabkan hamba suka padanya, alahai... :p
tapi..kerana faktor penjagaannya jugak yang tak membebankan...sebab kaktus ni boleh hidup lama tanpa air. 
ada sesetengah bunga tu pulak perlu penjagaan rapi, kiranya kaktus ni rock la kan..dan brutal jugak.

ni yang hamba cakap comel ni :)

 bulat2...tecik2...comel sangat :)

macam ada orang sengaja ja letak bunga kat situ kan? 

tapi kan..buat pengetahuan anda, walaupun hamba suka kan kaktus ni, hamba tak minat nak jaga bunga ni hehehe :p tapi..(banyak pulak tapi nya) tu lah..nak jugak 1 pokok kaktus..yang comey2..yang tecik2..ni tapi (tapi lagi...) tak berkesempatan lah pulak :(

tengok pic kat atas tu kaktus yang dah berbunga..sebenarnya kaktus ni bunganya cantek kan? terpikat hati hamba melihatnya hihi :p agak2 korang lah kan, berapa lama kaktus ni ambek masa nak berbunga? dan berapa kali pulak kaktus ni berbunga? hamba tanya kat pakcik google, tak jumpa pulak.. hamba tanya pulak kat makcik yahoo, sama jugak..

" ...mustahil lah tak jumpa.. engkau tu yang tak reti cari "

kurang asam tol  ! okeh..moralnya cerita ini ialah..kena pandai cari info kat tenet ni.. :p
eh taklah, hehe gurau ja..


No comments:

Post a Comment